Friday, February 3, 2012

love stop.


BAB 1
“Berapa pakcik?.”
Aryana menunjukkan ikan siakap yg beratnya hampir sekilo kepada pakcik Mat.
“eh, tak usahlah Yana, ambil lah pakcik sedekah. Anggap saja ikan ni bonus untuk kamu. Lagipun kamu dah banyak menolong pakcik, Yana. Simpanlah duit tu, jangan bagi tahu makcik kamu tu pulak ya.. nanti dia bising.”
“betul ke pakcik bagi yana  ikan siakap ni??. Mahal ni pakcik. X payahlah, yana bayar ja lah. Lagipun pakcik dah banyak tolong yana. Yana bayar sajalah”.
Yana mengeluarkan dompetnya untuk membayar ikan tersebut. Tetapi pakcik mat menolak semula duit yg diberi oleh Aryana.
“Nah, ambil ikan ni, pakcik dah bungkus, ikan ni mesti hidup hingga sampai rumah, kalau tak ikan ni akan medak degan cepat. Jgan bgi pecah plastik ni.. pakcik dah isikan air dalam ni.. dah pergi balik, nanti makcik kamu marahkan kamu pula..”
“terima kasih pakcik.”
Aryana mengambil plastic yang dihulurkan oleh pakcik mat dan bergegas meninggalkan pasar ikan itu. Ikan itu harus segera dibawa balik ke rumah kerana makciknya ingi memasak untuk pelanggan khasnya. Aryana sendiri tidak pasti siapa pelanggan makciknya. Yang dia tahu dia harus segera sampai ke rumah sebelum makciknya naik angin
‘lambat lagi ke bas ni nak sampai..’
‘aduh, runsing betul lah. Pasti makcik salmah mengamuk kat aku ni..’
Ciiittt…….. boom!!!!!! Pemandu bas membrek dengan cemas. Aryana terhenyak ke depan sekaligus ikan yang dipegang Aryana  terlepas..
“alamak, ikan aku jatuh.. alahai plastic dah bocor pulak, habislah aku”
Rintih Aryana dengan nada cemas bercampur pilu.
“hoi!! Tak tahu undang-undang ke apa?? Kat sini mana boleh berhenti..:
Jerit pemandu bas kepada kereta yang tiba-tiba saja berhenti di tengah jalan raya dan mengahalang bas mereka dari berjalan. Aryana ingin tahu apa yg telah terjadi hingga menyebabkan bas yang dinaikinya berhenti secara megejut. Dia melihat sepasang kekasih sedang duduk tidak berkutik dalam kereta yang menghalang bas mereka dari berjalan. Aryana turun dari bas dan menghampiri lelaki dan perempuan tersebut
‘ish, menyusahkan ornag betullah mereka ini.’
Hatinya bermonolog ambil tangan menekup plastic untuk menghalang lebih banyak air yang keluar dar plastik ikan tersebut



Bab 2
“Rayyan, please, don’t do this to me. I swear. I tak akan keluar dengan lelaki lain selain dari u. I akan setia dengan u .U percaya kan I kan sayang ??.
Rayu wanita itu bersungguh-sungguh. Tetapi pemuda di sebelahnya tidak mengeluarkan sepatah kata..
Setelah lama membisu pemuda itu memandang teman wanitanya di sebelah dan menghalau  temannya itu keluar dari kereta milikknya.
“u better get out from my car right now!.. I bagi u peluang tinggalkan lelaki yang paling teruk di dunia ini.. that’s me, rayyan mukhlis. Get off now.
Pemuda itu menghalau temannya dengan muka yang tiada perasaan.
‘ish. Kejam betul la lelaki ni.. sia halau teman eanita dia keluar. Dah lah tengan jalan raya ni..’
Aryana menghampiri pasangan tersebut dengan perasaan ragu-ragu. Tetapi mengenangkan ikan yang harus segera diselamatkan ini dia perlu berani untuk bercakap dengan mereka berdua.
“assalamualaikum, encik, boleh tak encik tolong alihkan kereta encik ke tepi, saya perlu segera ni encik. Harap encik bertimbang rasa dengan kami.”
“so, u tak nak keluar dari kereta I lah ni. Ok I tak kisah, I ada lagi beberapa biji kereta kat rumah. U ambillah, anggap hadiah kenangan dari I . u suka sangat kan dengan poeshe I ni kan?. So ambillah kat u. dan jangan cari I lagi.
Lelaki itu melompat keluar dari keretanya dan mendarat betul-betul depan muka Aryana.
“cantik juga awak ni kan”
Lelaki itu tesenyum dan merenung Aryana dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan.
“awak nama apa?”
“Rayyan, tolonglah jangan putuskan hubungan kita. I benar-benar sayangkan u.
Wanita itu mula menangis. Aryana panic. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. lelaki itu pula tidak menghiraukan temannya yang sedang menangis itu.
“Encik!!. Boleh tak awak selesaikan masalah rumah tangga awak ni kan tempat lain. Kat sini jalan raya, tempat orang lalu-lalang  bukan tempat nak bergaduh dan berdrama. Sila ubah kereta encik ke tepi.
Aryana mula meninggikan suaranya. Lelaki itu tersenyum. Senyumannya amat sukar dimengertikan. Wanita di sebelahnya berhenti menangis dan menjeling Aryana.
“kau ni siapa??!! Sibuk ja hal kami.. biarlah kami nak berdrama ke nak bermesra ke kau peduli apa?? Penyibuk..
Tengking perempuan itu kepada Aryana.
Aryana berasa depeti disimbah air panas.. kalau ada cermin pasti dia dapat melihat mukanya merah padam. Aryana mula hilang sabar.
‘kurang ajar perempuan ni, memang patutlah lelaki ni tinggalkan dia. Memang padan dengan muka dia.’ Detik hatinya.
“tak kisah lah siapa saya, tapi awak dan teman lelaki awak ni dah menghalang jalan ni, so, boleh tak awak ubah kereta awak ni ke tepi, lepas tu kalau awan nak bergaduh, bermesra ke atau apa pun sampai esok pagi pun boleh.”
Pemuda itu membuang cermin matanya dan memandang Aryana dengan pandangan tidak puas hati.
“excuse me miss, saya tak kenal perempuan gila ni, kalau awak nak repot polis ke apa ke, saya tak kisah.buat lah ikut suka hati awak.
“encik, tolonglah encik saya perlu segera ni, saya perlu pulang ke rumah sebelum ikan ni mati, tolonglah encik”.
Rayu Aryana smbil menunjukkan ikannya ke arah pasangan tersebut.
“ ish… gelilah, jauhkan ikan tu dari aku lah perempuan., kau nak goda kekasih aku kan??
Kau buat muka macam tu ingat dia akan tergoda ke??
Perempuan itu menengking Aryana dan menunjukkan mukanya yang jijik terhadap ikan yang sedang dipegang Aryana itu.
“encik, lebih baik encik ubah kereta encik sebelum say telefon polis!.”
Marah pakcik pemandu bas terhadap lelaki itu.
“telefon lah, kalau nak telefon, ambil ni, guna telefon saya”
Lelaki itu memberi telefon bimbitnya kepada pakcik pemandu bas. Keadan mula gawat apabila ramai penumpang bas mula turun untuk menyaksikan kejadian tersebut.
“orang muda, ubahlah kereta kamu ni, bas kami nak lalu, kesian kami ni, kena pulang segera.”
“betul tu, kasihanlah kami yang warga tua ni, mana pergi sifat sopan santun oerang melayu?”
“ye lah. Muda-muda dah x tahu hormat orang tua.”
“memalukan. Anak siapalah ni?”
Warga-warga tua yang menaiki bas tadi mula memarahi pemuda tersebut. Pemuda tersebut langsung tidak menghiraukan kata-kata mereka. Dia hanya buat tak tahu.
“diam.”
Lelaki itu bersuara.
“baiklah, disebabkan perkara ini dah menjadi semakin buruk, apa kata awak saja yang ubahkan kereta ini,”
Lelaki itu menyuruh Aryana mengubah keretanya. Aryana diam, terkejut. Jelas dia ingin menyusahkan Aryana.
“tapi, saya x pernah bawa kereta, nak ubah kereta lagi lah saya tak tahu.”
Perlahan Aryana memberitahu pemuda tersebut. Pemuda tersebut ketawa dengan kuat bila mendengar jawapan Aryana.
“ok, taka pa. saya ajarkan. Sekarang masuk ke dalam kereta dulu. kunci.”
Pemuda itu melempar kunci kepada Aryana.Aryana menyambut.
Teragak-agak.
Aryana masuk juga ke dalam kereta itu apaila melihat wagra tua yang berkumpul di tempat itu memandang aryana dengan penuh harapan agar dia bejaya mengubah kereta yang menghalang jalan itu.
“ok, bagus, first sekali hidupkan enjin kereta.”
Vroom…vrooomm. Enjin kereta Berjaya dihidupkan.
gembira 
Jelas tergambar riak kegembiraan di muka Aryana bila enjin kereta Berjaya dihidupkan.
“ok, boleh pun, seterusnya, kena lakukan dengan penuh konfiden dan sekali saja ok. Tukar gear ke gear yang paling bawah sekali dan tekan pedal di sebelah kanan.1,2,3. Tekan!!.”
Yakin. Aryana menekan.
Booom. Kereta yang dipandu Aryan melanggar depan bas.
“ha.ha. tak tahu.”
lelaki ketawa dengan gembira sekali.
‘Matilah aku’.
keluh Aryana